Friday, February 8, 2013

Kebahagiaan Itu Menjelma Jua Buat Mu

Sebuah Impian Sebuah Kebahagiaan...

             Masa beredar bagaikan udara yang berlalu. .Tak terlihat namun terasa ianya berlaku. .Pejam celik semuanya berlalu. .Sebuah rasa sebuah cinta sebuah harapan dan impian tatkala suatu masa dahulu. .

            Wan Nurarina Binti Wan Hanif. .insan yang sentiasa dalam ingatan hari-hari ku. .Menjadi salah seorang insan penting yang banyak memberi kehidupan pada ku. .Sebuah kebahagiaan sebuah rasa sebuah cinta yang hanya di berikan pinjaman pada ku. .Namun Alhamdulillah syukur. .ku tahu dia lebih baik untuk mu. .kerna Allah itu Maha Tahu....

           Akhirnya kebahagiaan itu bertamu. .Sebuah impian yang pernah ku harapkan dulu bersama mu. .Alhamdulillah syukur. .walau bukan bersama ku janji kebahagiaan itu milik mu. .kerna itu lah matlamat ku semenjak pertama kali kita bertemu. .~ku inginkan dikau bahgia sampai ke akhirnya. . doa ku akan sentiasa mengiringi hidupmu. .

          Terima kasih kerna sudi menjadi sekeping memori indah buat ku. .Tahniah dan semoga dirimu bahagia hingga ke akhirnya. .serta menjadi seorang isteri yang soleh. .Insyallah aaminn~ 10.02.2013 


Tulus ikhlas dari ku FAZ sebuah nama yang tercipta dari perkenalan kita...

Monday, December 17, 2012

rezeki itu ada di mana-mana. .

Selagi usaha memayungi. .ketabahan sentiasa di hati. .kejayaan itu akan sentiasa di miliki...

           Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. .setelah usaha bertali arus. .jatuh bangun semangat diri. .akhirnya mampu jua ku kecapi. .sebuah kerjaya. .sebuah masa hadapan. .sebuah kejayaan yang menunggu pasti. .19.11.2012 merupakan tarikh permulaan hidup baru. .kerja baru. .suasana baru. .kawan baru. .dan sudah tentu gaji baru. .hee

            Maka bermula la kehidupan sebagai penjawat awam di SJK (C) Yok Bin sebagai Pembantu Tadbir Pengkeranian Operasi di dalam projek Kementerian Pelajaran iaitu program Pemantapan Profesion guru. .walaupun sekadar projek dan hanya kontrak selama setahun. .Namun diri ini pasti serta yakin bahawa program ini mampu dijayakan dan semoga insan yang seangkatan akan berjaya di serap sebagai penjawat awam yang kekal. .Insyallah aaminn. .


           Hidup yang indah itu sentiasa ada andai kita sentiasa mencarinya. .kejayaan itu pasti bagi orang yang berusaha mendapatkan nya. .~sekian saja coretan hati coretan jiwa gurindam diri. .semoga kejayaan milik bersama. .kebahagiaan terpaut di jiwa. .keceriaan sentiasa melanda. .Insyallah. .Aaminn. .daaa ^_~ <3

           

Tuesday, November 13, 2012

Dugaan Itu Megiringi Masa Depan ku..

Sebuah Tahun Penuh Dugaan Mengait Mimpi Penuh Realiti. .

       Berkurun coretan tidak terlaksana. .gara-gara facebook bermaharaja lela. .
kini hadir mencuri masa. .melakar kata penuh makna. .sebuah ranjau kehidupan yang di hiasi penuh dugaan....

      Tahun 2012. .sukar ku tempuh namun tetap sabar tabah redho ku lalui kerna yang indah itu ku tahu rahsia Tuhan. .satu demi satu dugaan datang menyapa. .tak sempat ku melayan dengan minda. . hati pun turut sama di sapa. .apakah ini mainan jiwa. .yang suka berkunjung tiba. .~hanya Allah sahaja yang tahu...

      Bermula Jan hingga Mac. .diri di huni seksaan hati. .tentang sebuah cinta yang sukar tuk 
di mengerti. . April hingga Nov pula. .tidak putus-putus kunjungan nikmat sebuah kemalangan menghuni keluarga serta kaum kerabat di sisi. .bermula dengan pak cik,abang sedara,adik sendiri,adik sedara,abang sedara lagi. .dan di bulan Nov penuh tangisan Rahmat. .kakak sedara pula mengalami patah tangan,adik sedara pula kemalangan dan adik sedara yang kecil jatuh katil sehingga bahu nya beralih. .
~Mungkin kah ada rahsia yang begitu indah untuk kaum kerabat juga diri ku...

      Namun apa yang ku lalui serta kaum kerabat ku tahun ini. .ku tahu ada hikmah di sebaliknya. .hanya perlu bersabar tabah & redho. .dan juga Alhamdulillah syukur. .akhirnya dapat jua ku menapak di sebuah sudut penuh teguh di alam pekerjaan. .sebuah rezeki Yang Maha Kuasa. .di beri di sebalik dugaan yang telah ku tempuh. .
~semoga tahun 2013 memberi seribu erti buat ku serta keluarga. .
Insyallah. .

    Begitu lah sahaja serba sedikit coretan sebuah kehidupan penuh onak diri yang masih lagi mampu ku tempuhi dengan senyuman di minda. .kemanisan di wajah namun penuh tangisan parut serta luka di hati~Insyallah diri ini akan sentiasa menceriakan insan-insan di sisi~ ^_^

      

Monday, May 21, 2012

Menyingkap diri keperibadian hati

---hohoho--->>sekadar membongkar fakta diri menyingkap rahsia hati. .

 Kepada yang ingin memahami atau mengenali si comotz nie. .haaa nie fakta-fakta tentang nya~

         Diri sendiri
o simple. .
o tak mudah putus asa. .
o lebih suka mengalah. .
o apa yang di kata akan cuba di kota. .


         Insan setiap hari
o memang manis bicara. .mesra dengan sesiapa. .namun kasih sayang & cinta bukan tuk semua. .
o semua insan yang hadir dalam hidupnya penting. .namun yang berada di hati lagi penting. .
o suke berkawan tak suke melawan. .namun tetap nakal mengacau teman-teman. .
o sentiasa ceria setiap hari di wajah namun di hati di biarkan rahsia. .
o keluarga di utamakan kawan-kawan di ceriakan di hati di bahagiakan. .

          Bab cinta
o sukar memberi cinta namun andai dah diberi akan setia hanya pada si dia
o tak suka meninggalkan,lebih suka di tinggalkan. .
o tak suka nak terlalu cemburu,sekadar berkecil hati seketika. .
o lebih suka mencari damai daripada masalah berpanjangan. .
o lebih suka sifat jujur & berterus terang. .

*hohoho~itu saja maklumat yang mampu di beri wat mase nie. .hewhew >_<

Tuesday, March 6, 2012

Emosi hati yang telah hancur berderai bagai kaca yang terhempas~

Sebuah bicara hati yang telah lama derita. . (menaip sambil di iringi lagu Screen-orang yang ku sayang sayang)

                       Hmmm... dah lam comotz tak buka blog nie. .klo buka pown just nak taip tentang perkara-perkara yang sangat gembira dan juga yang sangat blurr a.k.a sedih kowt. .huhuhu. .kali nie kesedihan memuncak tetiba. .entah di mana punca nya. .di mana silap nya. .comotz sangkakan hati ini mampu pulih tapi bile berita dari nya sampai hati ini bagai terusik sejuta rasa. .


                        wahai diri yang gagah susuk tubuhnya. .dilingkari dawai urat penuh menyiksa. .mengapakah dalaman masih lemah tak bermaya tatkala berita si dia mencerobohi ruang minda. .mengapa cepat benar raja hati mu terusik. .kuat kan lah pertahanan askar hati mu. .bangun lah. .lengkapi lah dengan besi waja di setiap pintu hati mu. .jangan biarkan ianya di cerobohi lagi. .ku tak sanggup lagi. .menahan segala siksa. .lemah termenung seketika. .asyik dirinya yang kau pinta. .tamat kan lah segalanya agar tiada lagi luka. .kerna banyak lagi perkara yang perlu di laksana. .dirimu memegang tanggung jawab segala. .jangan pernah abaikan yang sentiasa ada. .


                        kuat lah kamu kuatkan lah dirimu~2012 bukan pengakhir segala tapi bermulanya sesuatu. .diri mu yang baru. .yang bukan mudah menyinta. .bukan mudah mempercaya. .kerna cinta bukan lagi segala. .hanya sebuah impian yang kini ada. .gapai lah ia menjadi pendorong nafas mu yang sementara di dunia. .jadi lah manusia yang kekal istimewa. .bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri sahaja~


Sekian saja lah coretan wahai hati ku yang masih lagi lemah tak bermaya. .moga dikau bangkit dari lamunan igauan lena. .yang tak akan pernah nyata. .bangkit lah ke alam yang lebih bermakna. .meniti hari yang kian dewasa. .dirimu di sayangi semua~ insyallah~aminn......

Thursday, January 12, 2012

sebuah kesihatan yang kadang kala meruncing~huhuhu

kesihatan yang semakin merosot reputasinya. .


                      Tahun 2012 mungkin merupakan tahun 'selamat datang penyakit' kepada comotz. .hohoho. .sebab apa comotz kata begitu. .hahaha sejak kebelakangan nie (bermula ujung tahun 2011). .Tulang & urat comotz rasenya dah semakin sengsara (mungkin ade yang main police entry kot. .hahaha) sebab comot slalu wat keje lebih masa & juga wat keje-keje berat. .huhuhu nak wat camne dah keje camtu. .hohoho sabar tabah redha jew la. .


                     Sekarang setiap malam sakit tu datang menyapa (kalau kata hello jew takpe). .nie siap bertandang sampai dah nak time tido (siap pesan nak pil nie nak suplement tu lah). .huhuhu kadang-kadang memang tak tido lah melayan sakit nie. .atoyai. .mungkin sebab kerja yang melampau kowt. .yelah apa leh wat. .kena wat macam-macam keje. .keje kat opis kena wat (wat balance stock sambil berfacebook. .haha). .keje runner pergi settle kan hal-hal company lg kena wat (pergi sambil makan angin tepi jalan~wee). .dah tu skang lak kelindan takde. .huhuhu kerja kelindan pown comotz kena wat. .atoyai keje keje keje sampai lobam pitam demam. .hohoho

                      Apa pown semua nya harus di tempuhi demi sebuah kepuasan keinginan serta impian. .hohoho wat masa nie baru dapat sedikit kepuasan. .setelah berjaya mengumpul duit titik peluh sendiri tuk memasang side skirting kat kereta. .hohoho terasa kepuasan sangat bile tengok hasilnya. .hehehe maaf badan. .ku harus menyeksa mu tu beberapa ketika lagi tuk capai serta gapai segalanya. .hohoho harap dapat bertahan hingga berjaya. .go go chaiyuk comotz. . ^_~
                      

Saturday, January 7, 2012

Sebuah kehidupan~hanya diri ku tiada yang lain. .

Sebuah kehidupan tak selalu nya seperti yang kita harapkan. .

                     Hohoho tahun 2012 kini telah muncul tiba. .selamat tinggal kepada tahun2 yang sudah. .yang membawa seribu kebahagiaan juga seribu keluka an. .ku bersyukur masih mampu lagi melangkah kehadapan walaupun hati masih lagi longlai. .namun kini ku berazam tuk bangkit dari kelemahan. .hidup ku kini demi mencari sebuah kejayaan. .ku tak mahu lagi memikirkan bicara hati yang selalu mngusik perasaan. .aku harus bangkit tuk diri ku 10 tahun akan datang. .aku harus berjaya. .aku harus lebih mementingkan diri & masa depan. .

                  Aku bukan lagi aku yang dulu. .aku bukan lagi insan yang kau cipta dulu. .kini aku hanya aku. .kehidupan aku. .masa depan aku. .kejayaan aku. .hanya aku tiada lagi diri mu. .ku menyerah kalah bukan kerana aku tidak lagi mencintaimu. .tapi mungkin cintaku bukan tuk memiliki. .maka aku serah kan segalanya kepada yang lebih mengetahui. .selamat tinggal dirimu. .semoga dikau lebih bagia dan ceria serta berjaya kelak. .

                 Sebuah kehidupan memang memerlukan pengorbanan. .maka ku korbankan masa ku serta kesihatan ku demi sebuah kejayaan. .apa pown yang bakal terjadi akan ku hadapi hingga tergapai segala impian. .itu misi 2012 ku. .akan ku buktikan. .aku mampu. .kerna kehidupan ku terletak pada tangan ku sendiri. .akan ku buktikan kepada mereka yang selalu memandang rendah kelebihan serta keupayaan ku. .aku akan berjaya. .itu janji ku~ go go chaiyuk comotz. .im de besh of my self. .no other person can beat me. . ^_~